Sabtu, 20 September 2008

SELAMAT HARI RAYA



Saya yang bernama Termezi dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli keluarga terutamanya Abang Nd sekeluarga, Abang Loh sekeluarga, Amir sekeluarga, Din sekeluarga, Zul sekeluarga, Asruf sekeluaraga, Jamaliza sekeluarga, adik-adik, ipar duai, serta kepada semua kenalan yang mengenali diri tidak kira di mana jua anda berada.

Tapi ingat, puasa masih ada sepuluh hari terpenting mulai sekarang..sama-sama kita berdoa memohon agar kita dapat berjumpa dengan lailatul Qadar..malam yang lebih baik dari seribu bulan. Amin.

Sekian, wassalam.

Rabu, 3 September 2008

Hari-hari Econjaya

Ceritanya begitulah budak-budak awal puasa gini..terutama 'Inayatul Fasihah, semangat puasa..Balik sekolah terus tidur.Kalau tak tidur, dia akan kata "dahaganya...laparnya..", terus mama dia uji suruh berbuka. Mujurlah dia kalau nak buka, dia kata takut tak boleh raya. Tapi, petang-petang lebih kurang jam 6.00 sore si abah ni ajak anak yang puasa pergi Econjaya.Ya lah, dah tu hanya ada ejaya kat Jerteh.Bukan apa, ikut selera anak. Ada nak beli air dalam botol (alhamdulillah bukan yang berkarbonat)..beli coklat ataubiskut kegemaran. Tak apa..asalkan anak-anak bersemangat puasa. Kadang-kadang budak sekolah yang besar pun tak puasa dan tak mahu cuba puasa...ada ke patut hisap rokok siang hari puasa??
More RAMADHAN graphics

Selasa, 2 September 2008

Terima kasih

Sebenarnya baru belajar nak buat-buat blog. Dulu masa kecik-kecik mana ada blog-blog macam ni?? Blok kelapa sawit adalah.Ini pun hasil bimbingan isteri yang memang 'kaki blog'..kalau tak kerana dia, mutiara kalbu ini pasti tidak akan wujud. Terima kasih isteri. Bulan puasa ni, kena bangun seawal jam 4.00 pagi siap makanan untuk anak.Tak apalah, banyak pahalanya yang dinda akan dapat. ..