Ahad, 28 Mac 2010

Ingatan Buat Rasulullah S.A.W

Rasulullah Sallallahu alayhi wa alihi wassalam meninggalkan untuk kita, kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang jelas. Dengannya kita mampu memandu diri dan manusia untuk mengendalikan kehidupan menurut gaya dan matlamat yang diredhai Allah.

Kedua-duanya jika dijadikan panduan dan pedoman sepanjang kehidupan, nescaya hilang kesedihan dan ketakutan. Keduanya bakal menjauh kerana kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Dunia dan isinya tidak lagi mampu mendapat tempat untuk perasaan itu. Tatkala itu, hidup dipenuhi rahmat Allah dan ketenangan hakiki.

MASALAH DAN KESENANGAN

Segala masalah duniawi bakal terasa begitu kerdil, masalah berkaitan dunia yang sering menekan jiwa pasti mampu diselesai. Namun kekuatan tidak akan mendatang tanpa latihan dan kesukaran memperolehinya. Namun hasilnya adalah satu hati yang dilindungi oleh ketaqwaan dan keimanan yang tulus. Sukar diganggu sugat oleh dunia yang sementara.

Segala jenis kesusahan di dunia akan jelas terlihat sebagai ujian penghampir diri kepada Allah, lalu ia sabar.

Kesenangan duniawi pula diyakini sebagai sebuah dugaan, penguji tahap sedar dan peka keimanan seseorang terhadap tanggungjawab selaku hamba Allah dan umat Muhammad s.a.w, lalu ia bersyukur dan menunaikan hak yang sewajarnya.

KELEMAHAN KAMI

Ya Rasulullah, kami bersaksi, sesungguhnya kamu telah menyampaikan risalah yang dipertanggungjawabkan ke atasmu oleh Allah ta'ala.

Kini giliran kami menanggungnya dan mengamalkannya, sebagai bukti kami umatmu dan hamba Allah yang tulen serta taat.

Namun akibat semua tidak mampu dicapai dek pancaindera fizikal, terlalu banyak culas dan lemahnya kami. Dosa kerap menjelma dalam kehidupan, hingga laranganmu kerap dilanggari, walau dalam sedar ia sebuah dosa. Anjuranmu pula selalu gagal dipenuhi, sedang kami bercita-cita menjadi insan yang paling hampir denganmu di akhirat kelak. Layakkah kami?

Ya Allah, jangan biarkan dosa yang kami lakukan, tidak lagi terasa gentar dengan azabmu, jangan dihilangkan rasa kesal dari jiwa kami, hingga tiada lagi debaran iman dijiwa dan hati kami.

Kami berusaha mengiringi segala kesilapan dengan taubat, istighfar dan gunungan harapan agar Allah menerima taubat hambaNya yang lemah seperti kami, serentak itu, kami juga berharap dirimu Ya Rasulullah, masih sudi menerima kami sebagai umatmu, yang layak untuk tergolong dalam bilangan mereka yang terpilih bagi menerima syafaat dan doamu di akhirat kelak.

Kami yakin dan sedar, sebuah pengharapan tanpa usaha tidak ubah seperti berdoa perolehan rezeki tanpa bekerja. Lalu ia hanya sebuah tawakal dan doa yang palsu.

SEMPENA INGATAN KEPADAMU

Justeru, kami akan terus memasang azam agar di ketika ramai manusia cuba menyambut dan mengenang tarikh kelahiranmu, kami pohonkan doa kepada Tuhan yang maha esa dan berkuasa, Ya Allah, agar kami insan lemah ini, diberi kekuatan jiwa dan hati untuk mendokong risalah perjuangan Nabimu.Teringat kami terhadap panggilanmu terhadap umatmu..umatku, umatku, umatku semasa dikau berada dalam kegeringan. Kini terpulang kepada kami untuk membuktikan panggilan belasmu itu disahut.

Akan kami gali dengan lebih mendalam segala khazanah peninggalannmu Ya Rasulullah, insan terpilih. Moga dengannya kami tahu dan mengerti keutamaan dalam melakar destinasi kehidupan, akhirnya memampukan kami terpilih sebagai insan terpilih untuk memperolehi redha Allah yang amat unggul dan syafaatmu yang khusus bagi mereka yang TERPILIH.

Akan kami berusaha bagi mempersembahkan ratusan malah ribuan bukti bahawa kami adalah Hamba Allah yang bersyukur dan umatmu yang patuh lagi taat, mengerti, memahami tujuan serta matlamat kehidupan kami yang singkat ini.

Kami sedar, mereka yang gagal pasti sangat ramai, yang berjaya juga masih ramai.

Masing-masing berlumba bagi mendapat tempat di sisimu. Justeru, kami akan terus ‘berlari' untuk mengejar sebuah kebaikan yang diiringi rasa ikhlas dan tulus. Moga dengannya, kami terpilih untuk bersamamu.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Bin Abdullah Sallallahu alayhi wa alihi wassalam. Sesungguhnya setiap selawat yang dipanjatkan buat Rasulullah, akan dibalas olehnya sebanyak sepuluh kali ganda.Moga kita semua mampu berpuasa sunat di hari kelahirannya juga.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Khamis, 15 Januari 2009

Apa-apa Aje..

Orang lain sempat 'update' blog..tapi saya ni bukan tak mahu update asal saja mahu update ada-ada aje 'mata' yang memandang dan buat sibuk.Nak buat guane, mujurlah blog ni ada orang tolong buat..

1. Saya ingin sekali mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak tersayang khususnya Nuzul Badree yang akan ke SHAMS. Abah harap awal tahun ni kenalah beringat-ingat akan peperiksaan PMR yang akan menjengah ujung tahun ini.

2. Juga tidak lupa saya mengucapkan selamat menjalani KPLI untuk adik ipar Muhammad Auzan Hj Muhammad yang agak sayang hendak tinggalkan 'business kulat'nya. Abang mizi harap kursus betul-betul dan ikhlas hati. Ingat pekerjaan 'guru' juga tugas yang mulia dan murni, asalkan kita ikhlas melakukannya.

3. Peristiwa menyayat hati juga menjadi muqaddimah tahun ini bagaimana bangsa Israel laknatullah tanpa rasa belas ihsan membunuh banyak nyawa yang tidak berdosa seperti kanak-kanak, wanita, orang tua..malah menghancurkan tempat-tempat awam yang sepatutnya diberi perlindungan seperti hospital, rumah-rumah ibadat dan macam-macam lagi.

4. Mengenai keputusan PMR pula..tahniah kepada sekolah-sekolah yang dapat melahirkan ramai calon 'straight A's'..SMK Kuala Besut??Alhamdulillah ada seorang buat pengubat. Tapi, PMR baru langkah permulaan sebenarnya. Ada yang masih bersedih kerana tidak mencapai target.Tak apalah..usaha dan usaha dan usaha lagi. Saya teringat kata-kata isteri saya..Beliau kalau memberi kata cukup bermakna, "perjalanan kita masih panjang, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lama. Kita MESTI yakin dengan qada' dan Qadar Allah SWT".Walau apapun tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang.

5. Alhamdulillah, hujan juga masih belum reda. Tetapi jika dibandingkan dengan Palestine tentulah kita lebih selamat kerana kerana kita dihujani hujan dari langit sedangkan mereka dihujani dengan peluru dan bom-bom. Ya Allah!! Aku mohon petunjuk dan hidayatMu..hancurkanlah tentera-tentera Israel sebagaimana Kau turunkan burung-burung Ababil dari syurgaMu. Tidak sampai hatiku melihat kebiadapan mereka terhadap umat Islam saudara seagamaku.





Jumpa lagi.

Rabu, 12 November 2008

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku

Dikaulah mutiara kalbuku. Semoga dinda sentiasa tabah menghadapi hidup yang penuh pancaraoba ini. Apa yang penting iman dan amal semakin bertambah. Jua, kanda doakan agar syurga menjadi hentianmu. Isteri salihah...

Hanya kasih sayang menjadi hadiah buatmu!!

Rabu, 22 Oktober 2008

Ahlan Wa Sahlan Tetamu Allah

Syawal hampir melabuhkan tirainya kini terngiang-ngiang panggilan haji. Labbaikallahummalabbaik, labbaikala syarikala kalabbaik, innal hamda wannikmata laka wal mulk la syarikalak.

Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum bahawa wajib bagi kaum muslimin menunaikan ibadah haji sekali dalam seumur hidupnya. Firman Allah SWT:
"Allah mewajibkan haji ke Baitullah (Kaabah) bagi semua manusia yang mampu pergi ke sana."
- (Ali Imran:97)

Cerita dan pengalaman ibadat haji dan umrah di MasjidilHaram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah memang sentiasa mengusik perasaan dan menjentik mutiara kalbu ini. Ia mengandungi contoh dan teladan bagaimana kerdilnya manusia berbanding kekuasaan Allah SWT.

Di Mekah, Arafah, Mudzalifah, Mina dan Madinah jemaah haji membuka mata, hati dan seluruh deria rasa kita kepada Allah SWT serta melakukan ibadat dan memohon dengan seikhlasnya bagi mendapat keredhaan Nya.

Oleh itu, di ruang ini saya menyeru kepada rakan-rakan taulan supaya janganlah melengah-lengahkan peluang mengerjakan ibadat haji ini. Usahlah dibimbangkan sangat masalah-masalah terpencil yang tidak menjadi kudis pun sekiranya kita melangkah kaki ke Baitullah dan menjadi tetamuNya.Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa dan akan menjaga kita kerana kita ini adalah tetamuNya. Begitu juga dengan orang-orang yang akan ditinggalkan..usahlah dirisaukan penjagaan (anak-anak terutamanya), kerana bila saja kita berazam untuk mengunjungi baitullah dan diterima menjadi tetamuNya maka yakinlah bahawa semua perjalanan hidup kita, perjalanan orang-orang yang kita tinggalkan akan dijaga sepenuhnya oleh Dia yang Maha Mengetahui.

Apa yang penting, kalau belum lagi mendaftar haji - daftarlah buat kadar segera kerana kita tidak tahu bilakah kita akan mati, atau adakah kita akan sihat selamanya?? Kalau kita mendaftar sekarang pun belum tentu kita akan dapat peluang dalam masa terdekat. Bermakna lagi lambat kita mendaftar haji kita maka makin lamabatlah perjalanan kita ke sana.

Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dan peringatan akan hal ini. Baitullah akan sentiasa dalam ingatan ini. Setiap kali musim berlabuh..kalbu ini bergetar mengenang betapa syahdunya berada di bumiMu....

Ahad, 5 Oktober 2008

Solat Penuh Syahdu



Jom SOLAT awal waktu..

Fadilat Puasa 6 Hari Dalam Bulan Syawal

Berpuasa enam Syawal sunnah hukumnya dan diberi pahala yang besar.

Puasa Sunnah Enam, Apakah Boleh Didahulukan Jika Ada Puasa Qada (Mengqada Puasa Ramadan)?

Syeikh Utaimin rahimahullah berkata: “Ini adalah suatu persoalan yang perlu dijelaskan, iaitu bahawa puasa enam (di bulan Syawal) tidak boleh didahulukan dari mengqada puasa fardu Ramadan yang tertinggal. Jika ada yang tertinggal puasa Ramadan, kemudian melakukan puasa enam sebagai sunnah mutlak, ia tidak memperolehi sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya (Lihat: Syarah Al-Mumti’ (6/448)):


مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ


“Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada’) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya (mengqada’nya). (Lihat: Al-Mugni. 4/401)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.


“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.

Oleh kerana hadis ini menetapkan: (Barangsiapa yang berpuasa Ramadan) adalah jelas. Sebahagian ahli ilmu ada yang berbeza pendapat tentang sahnya melakukan puasa sunnah sebelum mangqada’ puasa wajib. Namun masalah ini tidak berlaku khasnya kepada perkara ini, kerana hadis ini menyatakan dengan jelas tidak ada puasa enam hari kecuali setelah mengqada’ puasa Ramadan”. (Lihat: Al-Mugni. 4/401)

Perbezaan Pendapat Tentang Puasa Enam Syawal

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak menganggap sunnah puasa enam hari di bulan Syawal. Namun ini diingkari (dibantah) oleh al-Hafiz Asy-Syaukani, beliau mengatakan:

“Mereka berhujjah bahawa mungkin (puasa enam hari Syawal) akan dianggap sebagai puasa yang wajib. Ini adalah pendapat yang batil yang tidak pantas dikeluarkan oleh orang yang memiliki akal fikiran, apalagi seorang ulama seperti mereka dalam menentang sunnah yang sahih dan jelas. Malah pendapat seperti ini akan berlaku pula pada semua puasa yang dianjurkan oleh agama dan tidak seorangpun yang mengatakan demikian. Sementara Imam Malik berhujjah dalam memakruhkannya sebagaimana yang beliau katakan di dalam Al-Muwata’: Bahawa beliau tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan ulama yang mengerjakan puasa enam hari Syawal. Sedangkan perlu dijelaskan bahawa jika ia tidak melihat seseorang melakukan sesuatu sunnah, maka tidak bererti pendangannya boleh menolak sunnah”. (Lihat: Nailul Autar (4/282))

Pendapat Yang Rajih (Lebih Sahih Dan Kuat)

Namun pendapat yang lebih rajih ialah hadis Aisyah radiallahu ‘anha bahawa beliau mengqada’ puasanya di bulan Syaban dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam membenarkannya:


ِكَانَ يَكُوْنُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَقْضِيَهُ اِلاَّ فِى شَعْبَانَ


“Dahulu aku mempunyai hutang puasa Ramadan, maka aku tidak mampu mengqada’nya kecuali pada bulan Sya’ban”. (H/R Bukhari l950. Muslim 1146)

Maka dibolehkan berpuasa sunnah sebelum mengqada’ puasa wajib yang tertingggal. Kewajipan mengqada’ puasa tidak dibatasi oleh waktu-waktu tertentu. (Lihat: Bada’ As-Sanai’ 2/104. (rujuk pendapat al-kasani))

Menurut Imam An-Nawawi: Mazhab Maliki, Abu Hanifah, As-Syafie, Ahmad dan Jumhur Ulama Salaf dan Khalaf, bahawa mengqada’ puasa Ramadan bagi orang yang meninggalkannya kerana uzur seperti disebabkan haid atau dalam musafir, maka tidak disyaratkan mengqada’nya dengan segera setelah mampu melakukannya, (Lihat: Syarah Muslim. 3/213. An-Nawawi) kerana keumuman Firman Allah Azza wa-Jalla:


فَعِدَّةٌ مِنْ أيَّامٍ أُخَرُ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


“berpuasalah dihari-hari yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesusasah bagi kamu”. (al-Baqarah 2: 185)

Menurut Imam Qurtubi rahimahullah: “Ayat ini menunjukkan wajibnya mengqada’ puasa tanpa ditentukan harinya, kerana lafaz ayat tersebut berlaku sepanjang masa tanpa ditentukan pada masa-masa tertantu”. (Lihat: al-Jami Li Ahkam Al-Quran 2/282. al-Qurtubi)

Syeikul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah setelah mengingkari pendapat Imam Ahmad rahimahullah yang memakruhkan puasa enam hari Syawal, maka Ibn Taimiyah berkata: “Apabila dilakukan di akhir Ramadan, maka antara keduanya telah terpisah oleh Hari Raya. Dan larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkenaan puasa di Hari Raya menunjukkan bahawa larangan tersebut khusus jika dikerjakan pada hari itu sahaja, sedangkan di hari-hari setelahnya adalah hari yang dibolehkan dan diizinkan untuk berpuasa. Jelasnya jika baginda mahu melarang dari puasa enam hari Syawal, pasti baginda akan menegahnya sebagaimana baginda menegah berpuasa diawal bulan Ramadan (Lihat: Syarah Al-Umdah (2/559)):


لاَ تُقَدِّمُوْا رَمَضَانَ بِصَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ.


Janganlah kamu mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya”. (Rujuk: Sahih Bukhari hadis no: 1914, Sahih Muslim, hadis no: 2514)

Kembali ke Sekolah.

Selepas beraya dan masih berhariraya anak-anak kembali semula ke sekolah.Pada malamnya ada yang sibuk memilih pakaian yang hendak dipakai pada hari raya kelima kerana ada sambutan hariraya.