Rabu, 3 September 2008

Hari-hari Econjaya

Ceritanya begitulah budak-budak awal puasa gini..terutama 'Inayatul Fasihah, semangat puasa..Balik sekolah terus tidur.Kalau tak tidur, dia akan kata "dahaganya...laparnya..", terus mama dia uji suruh berbuka. Mujurlah dia kalau nak buka, dia kata takut tak boleh raya. Tapi, petang-petang lebih kurang jam 6.00 sore si abah ni ajak anak yang puasa pergi Econjaya.Ya lah, dah tu hanya ada ejaya kat Jerteh.Bukan apa, ikut selera anak. Ada nak beli air dalam botol (alhamdulillah bukan yang berkarbonat)..beli coklat ataubiskut kegemaran. Tak apa..asalkan anak-anak bersemangat puasa. Kadang-kadang budak sekolah yang besar pun tak puasa dan tak mahu cuba puasa...ada ke patut hisap rokok siang hari puasa??
More RAMADHAN graphics

Tiada ulasan: