Rabu, 22 Oktober 2008

Ahlan Wa Sahlan Tetamu Allah

Syawal hampir melabuhkan tirainya kini terngiang-ngiang panggilan haji. Labbaikallahummalabbaik, labbaikala syarikala kalabbaik, innal hamda wannikmata laka wal mulk la syarikalak.

Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum bahawa wajib bagi kaum muslimin menunaikan ibadah haji sekali dalam seumur hidupnya. Firman Allah SWT:
"Allah mewajibkan haji ke Baitullah (Kaabah) bagi semua manusia yang mampu pergi ke sana."
- (Ali Imran:97)

Cerita dan pengalaman ibadat haji dan umrah di MasjidilHaram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah memang sentiasa mengusik perasaan dan menjentik mutiara kalbu ini. Ia mengandungi contoh dan teladan bagaimana kerdilnya manusia berbanding kekuasaan Allah SWT.

Di Mekah, Arafah, Mudzalifah, Mina dan Madinah jemaah haji membuka mata, hati dan seluruh deria rasa kita kepada Allah SWT serta melakukan ibadat dan memohon dengan seikhlasnya bagi mendapat keredhaan Nya.

Oleh itu, di ruang ini saya menyeru kepada rakan-rakan taulan supaya janganlah melengah-lengahkan peluang mengerjakan ibadat haji ini. Usahlah dibimbangkan sangat masalah-masalah terpencil yang tidak menjadi kudis pun sekiranya kita melangkah kaki ke Baitullah dan menjadi tetamuNya.Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa dan akan menjaga kita kerana kita ini adalah tetamuNya. Begitu juga dengan orang-orang yang akan ditinggalkan..usahlah dirisaukan penjagaan (anak-anak terutamanya), kerana bila saja kita berazam untuk mengunjungi baitullah dan diterima menjadi tetamuNya maka yakinlah bahawa semua perjalanan hidup kita, perjalanan orang-orang yang kita tinggalkan akan dijaga sepenuhnya oleh Dia yang Maha Mengetahui.

Apa yang penting, kalau belum lagi mendaftar haji - daftarlah buat kadar segera kerana kita tidak tahu bilakah kita akan mati, atau adakah kita akan sihat selamanya?? Kalau kita mendaftar sekarang pun belum tentu kita akan dapat peluang dalam masa terdekat. Bermakna lagi lambat kita mendaftar haji kita maka makin lamabatlah perjalanan kita ke sana.

Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dan peringatan akan hal ini. Baitullah akan sentiasa dalam ingatan ini. Setiap kali musim berlabuh..kalbu ini bergetar mengenang betapa syahdunya berada di bumiMu....

Tiada ulasan: